Wednesday, 19 October 2016

Melaka Bandaraya Bersejarah
  Malaysia merupakan sebuah negara yang selalu menjadi tarikan para pelancong. Hal ini demikian kerana, Malaysia kaya dengan hasil bumi dan tempat bersejarah. Salah satunya negeri Melaka yang penuh dengan sejarah. sebuah negeri yang sangat mahsyur suatu ketika dahulu. sebuah negeri yang sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggalah pada 1511 ia ditawan Portugis. 
semenjak itu melaka dimonopoli oleh kuasa luar dan segala perkembangan bergantung kepada pihak portugis. 

     Mulai dari detik itu, lenyaplah keagungan dan kemegahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang tinggal hanyalah tercatat di dalam kenangan sejarah sahaja. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Selain itu, A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Kota A Famosa mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan. Pembinaan kota A Famosa ini dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque, boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu. Kota A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Malahan, penjajah Portugis turut menjadikan kota A Famosa sebagai satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
Image result for a famosa
kota afamosa
    Sungai Melaka merupakan antara sungai yang banyak memendam kisah sejarah silam bangsa Melayu.Sungai ini juga turut merendam pelbagai cerita dan kisah pahit duka bangsa Melayu dari zaman ke zaman.Agaknya, pada hari ini, di sekitar muara sungai ini, mungkin masih boleh didapati pelbagai tinggalan barangan lama seperti duit shiling, barangan tembikar dan sebagainya jika kita rajin menggali dan mencarinya.Pada era prakesultanan Melaka, di kiri kanan sungai ini hanya merupakan perkampungan nelayan dan penempatan orang laut sahaja.Mungkin mereka pun tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti kawasan perkampungan mereka akan berubah menjadi pusat kegemilangan sebuah kesultanan terkenal khususnya di alam nusantara.
     
     Perkembangan pesat sekitar sungai Melaka khasnya dalam sektor perdagangan telah membolehkan Melaka muncul sebagai kuasa ekonomi yang terunggul di rantau sebelah sini pada pertengahan kurun ke-15.Catatan China, catatan Portugis dan juga catatan dalam Sejarah Melayu dapat memberi maklumat yang jelas tentang peranan serta kepentingan Melaka khususnya dalam sektor ekonomi.Adalah dikhabarkan bahawa terdapat 84 bahasa yang dituturkan di sekitar Melaka pada ketika itu.Ini membutikan bahawa ketika itu penduduk Melaka terdiri daripada pelbagai etnik dari seluruh ceruk rantau dunia. Kebanyakan penduduk Melaka ketika itu merupakan ahli perniagaan skala bsar khasnya dari India, China dan tanah Arab Mereka telah berhimpun di sekiar sungai Melaka atas tujuan yang sama iaitu menjalankan aktiviti perdagangan.
Image result for sungai melaka  Image result for sungai melaka

Hari ini, sungai Melaka masih punya erti kepada negeri Melaka.Berbekalkan tinggalan khazanah sejarah silam yang kaya, sungai Melaka telah dimajukan pula untuk sektor pelancongan.Kalau dahulu banyak perahu dagang berulang-alik di sungai ini untuk tujuan perdagangan, hari ini pula banyak bot penumpang yang berulang-alik membawa pelancong dari pelbagai bangsa dan negara menyusuri sungai Melaka.Adayang sekadar menikmati keindahan panorama sekitar pesisir sungai.Bagi yang punya pengetahuan sejarah Melaka pula, mungkin turut menyusuri sejarah silam negeri ini tatkala bot yang dinaiki meluncur di menyusur tebingannya.

No comments:

Post a Comment